DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah
dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini
juga sering bersifat ingin menjadi
ketua walau dalam apa jua perkara yang
ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu
akan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara
sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain
itu kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah
matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar
melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri
dengan berpersatuan. Kamu bijak
bergaul dengan individu di sekeliling
mu dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri kamu itu
melambangkan bahawa kamu tergolong
dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak
degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan
juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu
itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling
rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula kamu adalah individu
yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus
terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif
dan fleksibel, mudah bagi diri kamu
untuk meletakkan diri sendiri dalam apa
jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak
bersosial. Namun ada kalanya sikap
kamu yang
gemar berdikari dan tidak gemar
meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan
pada diri sendiri. Kamu harus ingat
bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi,
itulah keperibadian yang jelas
terpancar
dalam diri individu yang tergolong
dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang
lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling mu berasa selesa
untuk berdampingan dengan mu. Kamu
juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu
perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu
perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan
orang lain membuat keputusan untuk
diri kamu sendiri
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alamak! kite confusela darah kte jenis B atau O. aiyo...help me..
u knw what? dlu time matrik check darah B but then masuk UUM darah jdi O plak.. mksdnye kte include dua2 sifat dari darah B and O la..kuikui...Wacha!
cit...ade ati nk combined 2+2 darah!pastu mst nk amik yg baik2 je..huhuhu2...rse nye ko ni kturunan 'Species II' kot.//hihihi
Post a Comment